Terma & Syarat
Penganjur, Tempoh & Kelayakan
- Peraduan Colgate Optic White O2 Baharu 2022 @ LOTUS'S ("Peraduan") adalah dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (165147-W) ("Pihak Penganjur"). Peraduan ini akan bermula pada 1 September 2022 hingga 31 Oktober 2022 ("Tempoh Peraduan").
- Peraduan ini terbuka untuk semua rakyat dan penduduk tetap di Malaysia ("Peserta") yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dengan MyKad yang sah, kecuali pekerja Penganjur, ejen periklanan, ejen perhubungan awam dan penyedia promosi, termasuk ahli keluarga terdekat mereka.
- Pihak Penganjur berhak mengubah syarat atau Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan peraduan hendaklah dihantar ke Pihak Penganjur sebelum atau pada 31 Oktober 2022.
- Peserta layak untuk menyertai Peraduan ini dengan pembelian produk Colgate Optic White O2 ("Bukti Pembelian") di mana-mana cawangan @ LOTUS'S semasa Tempoh Peraduan. Resit asal yang menunjukkan tarikh pembelian dari 1 September 2022 hingga 31 Oktober 2022 mesti disimpan oleh Peserta untuk tujuan pengesahan (jika perlu) dan sebagai Bukti Pembelian.
- Peserta boleh memasuki Peraduan ini melalui langkah-langkah yang berikut:
- Peserta mesti membuat pembelian di mana-mana cawangan @ LOTUS'S.
- Peserta mesti membeli produk Colgate Optic White O2 di dalam satu resit pembelian ("Bukti Pembelian").
- Peserta mesti menyimpan SEMUA resit asal sebagai Bukti Pembelian ("Penyertaan Berkelayakan"). Hanya resit yang sah dan bertarikh di dalam Tempoh Peraduan akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
- Peserta perlu menghantar gambar yang jelas dari resit yang dicetak melalui aplikasi WhatsApp ke 010 918 2368 ATAU melalui aplikasi Whoop app (boleh dimuat turun melalui Android - Play Store ATAU iOS – App Store).
- Jawab soalan yang berikut dengan tepat:
Colgate Optic White O2 - formula pemutihan baharu yang menggunakan berjuta-juta gelembung oksigen aktif untuk mencerahkan kesan pada gigi - berfungsi bukan sahaja pada permukaan, tetapi dari dalam ke luar. (Betul / Salah)
- Penyertaan yang tidak lengkap, lewat, tanpa Bukti Pembelian yang sah atau rosak tidak akan diterima.
- Peserta boleh menghantar lebih dari Satu (1) penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah disertakan Bukti Pembelian yang baharu. Setiap Satu (1) Bukti Pembelian hanya boleh digunakan Satu (1) kali sahaja. Penyertaan Peraduan akan dibatalkan jika slip transaksi yang sama digunakan lebih dari Satu (1) kali.
- Setiap peserta (dengan penyertaan yang sah) berpeluang memenangi Satu (1) hadiah sahaja di sepanjang Tempoh Peraduan. Semua hadiah diberikan secara "As is" dan tidak boleh ditukar dengan kredit, wang tunai, barang lain atau baucar, sebahagian atau keseluruhannya.
- Sekiranya Pihak Penganjur tidak dapat menghubungi pemenang setelah 3 percubaan dalam 3 hari (bekerja) dari tarikh notis, Pihak Penganjur berhak memilih peserta layak yang berikutnya sebagai pemenang peraduan.
- Sebarang perbelanjaan untuk penyertaan Peraduan ini dan penebusan hadiah (jika diperlukan); ia adalah tanggungjawab pemenang.
Hak Pihak Penganjur
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan. Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat, pertanyaan, rayuan atau bantahan tidak akan dilayani. Peserta dengan ini bersetuju bahawa tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap Pihak Penganjur.
- Dengan mengikuti Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur dan / atau mana-mana ejen pihak ketiga ("Agensi") yang dipilih oleh Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini.
- Setiap peserta bersetuju untuk pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadinya, dan menyatakan dan menjamin bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat di dalam semua aspek. Setiap peserta bersetuju bahawa Penganjur boleh, untuk jangka waktu yang munasabah, kecuali jika disarankan sebaliknya, menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan promosi, pemasaran, publisiti, penyelidikan dan pembuatan profil, termasuk mengirim pesanan elektronik atau membuat panggilan telefon kepada peserta.
- Nilai hadiah tepat pada masa dicetak. Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak mereka tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- Hadiah yang hilang atau rosak semasa proses penghantaran, tidak akan diganti dan Pihak Penganjur berhak menolak sebarang kewajiban untuk tidak mengganti atau memenuhi hadiah ini.
- Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu proses penyerahan atau pengendalian dan Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya telah melakukan aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan kempen ini.
- Penyertaan peraduan / penyerahan peraduan akan dianggap tidak sah jika Peserta menghantar 'Disappearing Message' melalui aplikasi WhatsApp di info dan imej resit hilang dalam masa yang ditetapkan oleh pengguna.
- Penganjur tidak akan memikul tanggungjawab atau tanggungan terhadap Hadiah / produk / baucar / e-baucar dan dengan jelas mengecualikan dan menolak sebarang pernyataan, jaminan atau sokongan, tersirat atau tersurat, bertulis atau lisan, mengenai produk / baucar / e- baucar yang ditawarkan di bawah Program Penebusan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan kualiti, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan atau penggunaan tertentu, kesihatan dan keselamatan. Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama di bawah terma dan syarat seperti yang ditentukan oleh pemilik jenama tersebut. Segala perselisihan yang timbul dari atau berkaitan dengan Hadiah / produk / baucar / e-baucar yang ditawarkan oleh pemilik jenama harus diselesaikan oleh pengguna secara langsung dengan pemilik jenama.
- Sekiranya Peraduan ini terganggu dengan apa cara pun atau tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dijangkakan secara munasabah atas sebab di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur, maka Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk mengubah terma dan syarat Peraduan ini, menangguhkan, menamatkan atau membatalkan Peraduan, jika diperlukan, tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Hadiah & Penebusan
Hadiah Peraduan (dari 1 September 2022 hingga 31 Oktober 2022):
- Baucar tunai Habib RM2000 x1 pemenang
- Baucar tunai Habib RM1000 x4 pemenang
- Baucar tunai Habib RM100 x50 pemenang
Ambil Perhatian: Segala imej gambar hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan Hadiah sebenar.
Pemilihan & Pengumuman Pemenang
- Sejumlah lima puluh lima (55) hadiah untuk dimenangi dalam Peraduan ini.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan proses berikut:
- Pemilihan Pemenang Peraduan: Pada akhir Tempoh Peraduan (1 September 2022 hingga 31 Oktober 2022), Peserta yang layak akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan (berkomputer) automatik berdasarkan jumlah penyertaan sah (yang diperolehi keseluruhan Tempoh Peraduan).
- Setiap penyertaan yang memenuhi syarat akan diberikan nombor siri dari kumpulan penyertaan yang layak dan Pemenang yang disenarai pendek akan dipilih melalui sistem pemilihan (berkomputer) automatik yang tertakluk pada memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat di sini.
- Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang diberikan semasa proses pendaftaran / penyertaan dalam masa 4 minggu dari akhir setiap Tempoh Peraduan. Peserta yang disenarai pendek akan dihubungi pada waktu pejabat (Isnin - Jumaat antara jam 9.00 pagi - 5.00 petang) dan akan diminta untuk menjawab SATU (1) soalan dengan betul, hadiah akan disempurnakan jika soalan dapat dijawab dengan tepat.
- Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman Facebook Pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
- Semua hadiah mesti dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh notis pemenang. Hadiah yang tidak dituntut akan dilucutkan. Perbelanjaan semasa tuntutan hadiah adalah tanggungjawab para pemenang.
- Semua pemenang Peraduan mesti mematuhi Terma & Syarat yang dikeluarkan oleh Pihak Penganjur.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") kepada pengguna Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd dan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu ("Individu"). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-
- Bahawa kami ["Penganjur"] mengumpul data peribadi anda daripada penyertaan Peraduan;
- Data peribadi Individu dikumpul untuk Peraduan Colgate Optic White O2 Baharu 2022 @ Lotus's ["Peraduan"];
- Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetuklan data peribadi anda;
- Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
- Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja;
- Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
- Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
- Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian +603 7886 5886 dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang (hari kerja, kecuali cuti negeri atau cuti umum).
Personal Data Protection Act 2010
Notice under Section 7 of the Personal Data Protection Act 2010 ("PDPA") to consumers of Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd and Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
Dear Consumers,
Under the PDPA, there are various requirements that regulate the processing of your personal data as an individual ["Individual"]. It informs the Individual of your rights under the PDPA, including actions Individuals may take to exercise such rights and its consequences, and in particular:
- That we ["Organiser"] collect Individual's personal data directly from the contest entry.
- Individual's personal data is collected for the All New Colgate Optic White O2 Contest 2022 @ Lotus's ["Contest"];
- Individual has the right to access and correct their personal data once given;
- Individual's personal data is disclosed to an elected Agency for processing;
- The personal data requested from Individual will only be used for the Contest;
- The personal data given is obligatory and all incomplete entries will render the participation void;
- Individual personal data will be validated upon confirming the winners and if there are changes to the personal data, the Individual is required to update the Organiser; and
- If Individual wishes to make enquiries or give feedback, please contact +603 7886 5886 on Mondays to Fridays, from 9.00am to 5.00pm (except for state / public holidays)